Pencarian / Search This Blog

Sunday, March 21, 2010

10 Tips Untuk Membuat Resume

1. Jangan menghantar resume anda tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah anda tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut.

2. Surat pengenalan tersebut haruslah kemas dan teratur. Sebaiknya resume anda mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal serta mudah dibaca. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada anda sendiri, seolah-olah menunjukkan anda tidak bersungguh-sunguh untuk memohon kerja.

3. Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.

4. Taip resume sendiri! Tidak salah kalau anda membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya anda taip sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, harus jujur semasa membuat resume. Jika anda membesar-besarkan keupayaan sendiri, tentu anda akan malu jika ia diketahui orang nanti.

5. Elakkan 'gimik' seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu.

6. Lagipun, ia seolah-olah menunjukkan anda masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.

7. Resume haruslah difokuskan dalam bidang kemahiran anda sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerja yang kamu pohon itu.

8. Gunakan nombor atau garisan supaya resume kelihatan kemas. Resume juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.

9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume anda.

10. Buatlah beberapa draf dan tunjukkan resume kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya, sekaligus memalapkan peluang anda untuk mendapatkan kerja.

0 comments: