Permohonan ini dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan dibawah.
Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S27)
Taraf Jawatan : Tetap
Gred gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26
Syarat Lantikan :
1.Warganegara Malaysia
2.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3.Mempunyai Diploma dalam Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
4.Lulus dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus dalam ujian lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon :
1.Calon hendaklah memohon jawatan ini dengan menggunakan Borang Felda 1 Pindaan
1/2003 yang boleh diperolehi di Jabatan Sumber Manusia, Wisma Felda, Jalan
Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau dengan melayari laman web
http://www.felda.net.my/
2.Untuk memohon borang permohonan melalui pos, calon mestilah menyertakan sampul
surat yang berukuran 32cm x 22cm bersetem 50sen dan beralamat sendiri.
3.Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan,
Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-
masing berserta salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan
yang telah dikemaskinikan.
4.Permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, sijil-sijil dan
lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan berserta sekeping gambar terbaru
berukuran pasport dan dihantar ke alamat :
Pengarah Sumber Manusia
Wisma Felda,
Jalan Perumahan Gurney,
54000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26935066 sambungan 354
Catatan: Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak berjaya.
Pencarian / Search This Blog
Saturday, April 10, 2010
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Posted by HappyPrinting at 6:28 PM
Labels: Pelbagai Negeri [Kerajaan]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment